ConcernedApe telah melancarkan kemaskini 1.5 untuk permainan Stardew Valley bagi permainan tersebut di iOS dan juga Android. Kemaskini 1.5 adalah kemaskini terbaru bagi permainan ini, tetapi ia sudah tiba di platform lain sejak tahun 2020 lagi.

Kemaskini ini antaranya menyertakan satu kawasan baharu iaitu Ginger Island yang menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti NPC dan juga penjahat. Selain itu, perkebunan juga menerima kemaskini seperti ladang di sebelah pantai dan boleh melakukan ubah-suai rumah dengan lebih menyeluruh.

Selain itu, ConcernedApe juga mengatakan yang versi 1.5 untuk iOS dan Android ini juga adalah versi dengan kod serba baharu yang akan lebih memudahkan untuk mereka memperkenalkan kemaskini baharu akan datang seperti 1.6 dan seterusnya (jika ada).

Namun, mereka juga menegaskan yang dengan kemaskini ini akan terdapat pelbagai pepijat baharu yang akan muncul dari semasa ke semasa, di mana mereka akan melakukan terbaik untuk menyelesaikannya.

Stardew Valley sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC, iOS dan Android.

Sohor Kini