Seperti yang diumumkan sebelum ini NieR: Automata Version 1.1a iaitu siri anime berdasarkan permainan popular NieR: Automata akan bermula disiarkan pada 7 Januari lepas, dan di Malaysia anda boleh tontonnya melalui perkhidmatan Biilibili.

Anda boleh tontonnya secara percuma dan hanya memerlukan akaun jika ingin menonton dengan kualiti yang lebih baik. Buat masa ini ia hanya mempunyai satu episod dengan episod baharu akan tiba pada hari Ahad setiap minggu.

Yoko Taro menulis penceritaan dan skrip untuk siri anime ini, dan diikuti oleh Ryouji Masuyama yang sebelum ini menulis skrip untuk sebuah lagi anime popular, Gurren Lagann. Yoko Taro mengatakan bahawa penceritaan anime ini dilihat akan berbeza berbanding dengan permainan, walaupun asas penceritaannya adalah sama. Animasi akan dihasilkan oleh A-1 Pictures.

Bilibili: NieR: Automata Version 1.1a

Sohor Kini