Pada tahun lepas, Xbox boleh dikatakan mempunyai tahun yang mengecewakan dengan mereka tidak mempunyai sebarang permainan eksklusif dikeluarkan untuk Xbox Series, berbanding PlayStation 5 yang menerima beberapa permainan termasuk juga antara permainan terbaik tahun lepas iaitu God of War Ragnarok.

Oleh itu, ramai yang ternanti-nanti untuk Xbox memberikan penawaran yang lebih baik pada tahun ini dan berdasarkan laporan oleh Windows Central, mereka akan menganjurkan perkongsian pada akhir bulan ini yang digelar sebagai Developer_Direct.

Melaluinya, Xbox dikatakan akan memperlihatkan beberapa permainan yang akan dilancarkan pada tahun ini antaranya adalah Redfall, Forza Motosport dan juga Minecraft Legends. Namun, Starfield yang boleh dikatakan permainan paling dinantikan tidak akan diperlihatkan semasa acara ini.

Redfall, Forza Motosports, Minecraft Legends kesemuanya diumumkan akan tiba pada tahun ini, akan tetapi masih tiada tarikh pelancaran yang tetap.

Sohor Kini