EA telah membuat tawaran untuk pra-tempahan Dead Space iaitu dengan setiap pra-tempahan, pemain akan mendapat Dead Space 2 secara percuma. Dead Space yang ditawarkan ini adalah versi remake yang akan dilancarkan secara rasmi pada 28 Januari 2023.
Jika anda sudah melakukan pra-tempahan sebelum pengumuman ini dilakukan, anda juga turut mendapatnya. Buat masa ini, promosi ini hanya ditawarkan di Steam sahaja tiada di Epic Games Store, PlayStation Store dan juga Xbox Store.
Dead Space (2023) adalah olahan semula untuk IP yang dibangunkan oleh Visceral Games, ia dibangunkan oleh Motive dan akan menyertakan penceritaan yang lebih kurang dengan permainan asal tetapi dengan penambah-baikan dari segi tatamain.
Dengan Dead Space 3 yang dilancarkan pada 2013 tidak mendapat sambutan yang baik, dan juga permainan-permainan lain oleh Visceral Games selepas itu, studio tersebut telah ditutup pada tahun 2017. Namun, sekurang-kurangnya kini IP yang dihasilkan oleh mereka masih diteruskan.
Dead Space akan dikeluarkan untuk PS5, Xbox Series dan PC, ia adalah antara permainan menarik yang dikeluarkan pada tahun ini dan anda boleh baca ulasan penuh di pautan berikut; Senarai Permainan Menarik Sepanjang Tahun 2023.