Forspoken Menerima Treler Baharu – Dilancarkan 24 Januari

Square Enix telah berkongsi treler baharu utnuk permainan aksi pengembaraan mereka iaitu Forspoken 14 Januari 2023. Ia adalah treler cinematic, oleh itu ia tidak mempunyai sebarang tatamain, namun pemain sekurang-kurangnya dapat mengenali lebih lanjut mengenai watak utama iaitu Frey Holland.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Jika anda ingin tonton tatamain, mereka sebelum ini telah berkongsinya dan anda boleh tonton di pautan ini. Forspoken akan dikeluarkan pada 24 Januari 2023 untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Ia adalah antara permainan menarik yang akan dikeluarkan pada tahun ini, anda boleh baca senarai penuh di pautan berikut – Senarai Permainan Menarik Sepanjang Tahun 2023.

Sohor Kini