Steam Mencatat 33 Juta Pengguna Serentak, 10 Juta Di Dalam Permainan

Pada bulan Oktober tahun lepas, Steam telah mencatat jumlah pengguna serentak tertinggi dengan jumlah 30 juta, minggu ini, Steam baru sahaja memecahkan rekod tersebut dengan mencatat lebih 33 juta pengguna serentak.

Mengikut carta rasmi oleh Steam sendiri, jumlah tersebut dicatatkan pada 8 Januari 2023, dan berdasarkan data oleh SteamDB, Steam juga buat pertama kali mencatat jumlah pengguna yang sedang bermain 10 juta serentak.

Walaupun dengan persaingan daripada Epic Games Store, tampaknya dominasi Steam sebagai gedung utama permainan PC tidak terjejas dengan ia terus mencatat penambahan pengguna dari hari ke hari.

Sohor Kini