Bigmode Umum Permainan Sulung Mereka – Animal Well

Bigmode merupakan studio penerbitan yang ditubuhkan oleh pencipta kandungan terkenal iaitu ‘Videogamedunkey’ pada tahun lepas. Melalui video “Dunkey’s Best of 2022” telah diumumkan yang permainan pertama oleh mereka adalah Animal Well oleh Shared Memory.

Animal Well adalah permain pengembaraan side-scrolling yang mempunyai rekaan grafik menarik. Dengan judulnya Animal Well ia adalah memfokuskan watak-watak binatang termasuk juga katak yang menjadi ikon untuk Bigmode.

Buat masa ini, ia masih tidak mempunyai sebarang tarikh pelancaran dan akan tiba untuk PlayStation 5 dan juga PC. Ia sudah boleh disenarai hajat di Steam.

Sohor Kini