Blizzard telah melancarkan mod masa terhad untuk Overwatch 2 iaitu Battle for Olympus yang sudah bermula dan boleh dimainkan sehingga 19 Januari 2023. Melalui mod ini, tujuh hero akan mempunyai kuasa tambahan untuk digunakan.

Berikut adalah hero-hero yang mendapat kuasa tambahan yang menjadikan mereka sebagai watak-watak di dalam mitos Yunani;

  • Poseidon Ramattra
  • Zeus Junker Queen
  • Minatour Reinhardt
  • Cyclopes Roadhog
  • Hades Pharah
  • Medusa Widowmaker
  • Hermes Lucio

Pemain boleh bermain mod masa terhad ini untuk mendapatkan pelbagai ganjaran khas.

Overwatch 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini