Valorant Episode 6 Act 1 Memperkenalkan Peta Baharu – Lotus

Riot Games telah mengumumkan yang musim baharu untuk Valorant iaitu Episode 6 Act 1 akan memperkenalkan peta baharu yang juga akan menjadi peta ke-9 bagi permainan ini iaitu Lotus. Ia merupakan peta yang bertempat di India dan mengambil inspirasi daripada rekaan stepwells.

Selain itu, mereka juga akan membawa Battlepass baharu dan berkas barangan kosmetik Araxys yang menawarkan rekaan untuk Vandal, Operator, Shorty, Buldog dan Bio Harvester bagi senjata melee. Ia juga menyertakan Gun Buddy, kad dan penyembur dan ditawarkan dengan harga 8700 VP.

Valorant Episode 6 Act 1 dan juga berkas Araxys ini akan bermula pada 10 Januari 2023. Valorant sudah dikeluarkan untuk PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini