MSI telah mengumumkan penawaran laptop baharu daripada mereka iaitu MSI Titan GT77 yang dikatakan sebagai laptop pertama mempunyai skrin yang menggunakan panel Mini LED, menyertakan resolusi sehingga 4K dengan kadar segar semula sehingga 144Hz.

MSI Titan GT77 hadir dengan saiz skrin 17.3-inci dengan resolusi 3840 x 2160, ia juga menyertakan jangka reaksi 3ms. Laptop ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core i9 (Generasi Ke-13), pilihan GPU sehingga GeForce RTX 4090 dan mempunyai 3 slot SSD dan 4 slot RAM.

Laptop ini akan mula dipasarakan di Amerika Utara pada 8 Februari 2023 dengan harga $4,299 (~RM18 ribu) untuk pilihan RTX 4080, 16GB RAM dan storan 2TB SSD.

Sohor Kini