Kejohanan terbesar Mobile Legends: Bang Bang iaitu M4 World Championship diteruskan lagi pada hujung minggu ini dengan memperlihatkan pusingan Suku Akhir Upper Bracket. 8 pasukan terbaik dari peringkat kumpulan bertempur untuk mendapatkan slot ke Separuh Akhir Upper Bracket.

Dua pasukan yang mewakili Malaysia iaitu Team Haq dan juga Todak tidak meneruskan kecemerlangan peringkat kumpulan mereka apabila tewas di peringkat ini. Team Haq tewas kepada Echo dari Filipina dengan skor 3-2, manakala RRQ Hoshi mudah tewaskan Todak dengan skor 3-0. Dua pasukan lagi yang layak ke peringkat Separuh Akhir adalah ONIC Esports yang mengalahkan Falcon Esports dan Blacklist International yang mengalahkan RRQ Akira.

Walaupun tewas, ini tidak bermakna perjuangan Team Haq dan juga Todak berakhir, mereka masih lagi berpeluang untuk ke Peringkat Akhir melalui Lower Bracket. Team Haq akan menanti pemenang di antara Incedia Supremacy melawan MDH Esports manakala Todak menantikan The Valley melawan Burn x Team Flash.

Perlawanan mereka adalah pada 10 Januari 2023.

Sohor Kini