Genshin Impact Versi 3.4 – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Hoyoverse akhirnya berkongsi lanjut mengenai kemaskini utama seterusnya untuk permainan Genshin Impact iaitu Genshin Impact versi 3.4 yang menggunakan judul “The Exquisite Night Chimes“. Kemaskini baharu ini akan tiba pada 18 Januari 2023 menjadikan ia adalah kemaskini pertama untuk tahun ini.

Sebelum kami berkongsi lanjut mengenai apa yang disertakan di dalam kemaskini ini, anda boleh tonton terlebih dahulu treler untuknya di bawah.

Alhaitham Akhirnya Tiba

Seperti kemaskini-kemaskini sebelum ini, versi 3.4 juga menyertakan dua watak baharu iaitu Alhaitham yang sudah semestinya dikenali oleh ramai pemain kerana dia sudah tiba sebagai watak utama di dalam penceritaan untuk versi-versi lepas.

Dia merupakan watak 5-bintang baharu yang menggunakan elemen Dendro dan juga menggunakan senjata pedang. Story Quest untuk Alhaitham juga akan disertakan dengan judul “Vultur Volans Chapter” untuk pemain belajar dengan lebih lanjut mengenainya.

Dia mempunyai kebolehan “Chisel-Light Mirrors” yang menjadikan serangan biasanya sebagai serangan Dendro tambahan itu menguatkan lagi serangan berdasarkan elemen termasuk juga Elemental Burst.

Watak kedua adalah Yaoyao yang tidak pernah muncul di dalam penceritaan sebelum ini. Dia merupakan watak 4-bintang dan juga mempunyai elemen Dendro. Bagi senjata, dia menggunakan polearm dan mempunyai kebolehan untuk menguatkan lagi serangan ataupun menyembuh. Selain itu, dia juga mempunyai pasif seperti Sayu di mana apabila menghampiri binatang seperti Crystalflies, ia tidak akan melarikan diri.

Alhaitham dan Yaoyao akan tiba melalui Event Wishes pada pertengahan pertama untuk kemaskini ini bersama dengan Xiao. Manakala bagi pertengahan kedua pula, Hu Tao dan Yelan boleh didapatkan oleh pemain yang terlepas sebelum ini ataupun jika ingin menambah Constellation.

Lantern Rite Kembali

Bagi acara-acara masa terhad yang akan tiba sepanjang kemaskini ini adalah kembalinya festival Lantern Rite di Liyue untuk meraai Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada bulan ini. Festival ini akan menyertakan persembahan muzik dan juga Paper Theater. Permainan mini juga disertakan ketika festival ini seperti Radiant Sparks, melakukan aktiviti-aktiviti bagi acara ini, pemain boleh dapatkan sehingga 13 Interwined Fates, watak 4-bintang dari Liyue dan juga kostum untuk Lisa.

Manakala di Inazuma, terdapat dua pertandingan akan dianjurkan iaitu Warrior’s Spirit iaitu pertandingan yang dianjurkan oleh Yashiro Commission, manakala Arataki Itto pula akan menganjurkan pertandingan Beetle Brawl. Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan kostum baharu bagi Kamisato Ayaka.

Sumeru juga tidak ketinggalan untuk menerima kandungan baharu iaitu kawasan baharu yang boleh diteroka oleh pemain – “Desert of Hadramaveth“. Kawasan yang bertempat di barat laut Sumeru ini merupakan kawasan yang mempunyai puting beliung, di kawasan ini pemain boleh melakukan World Quest baharu iaitu “Golden Slumber” bersama dengan Jeht dari Tanit Camps.

Genius Invokation TCG

Untuk mod permainan kad yang diperkenalkan semasa versi 3.3 iaitu Genius Invokation TCG akan menerima mod masa terhad yang akan mempunyai peraturan tersendiri, peraturan ini akan ditukar setiap kali kemaskini, untuk versi 3.4 ia akan menyertakan langkau Roll Phase dan mendapatkan 8 dadu Omni secara terus.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini