Skip to main content

Sehingga hari ini, hanya tiga siri TV di Netflix telah mencapai lebih 1 bilion jam tontonan. Pertama adalah Stranger Things 4, kemudian siri Dahmer dan terbaru adalah Wednesday – kisah sampingan The Addams Family yang memfokuskan watak Wednesday Addams.

Populariti siri ini cukup hebat dan berada di luar jangkaan. Lebih-lebih lagi sudah lama tiada kandungan aksi nyata Addams Family. Kini, Netflix mengumumkan yang Wednesday akan diteruskan dengan musim kedua.

Buat masa ini, masih tiada sebarang tarikh siaran diumumkan atau sebarang tambahan pelakon baru dan juga sinopsis. Tetapi seperti kami laporkan sebelum ini, Wednesday musim kedua akan lebih banyak melibatkan ahli keluarga The Addams Family dan memfokuskan hubungan antara Wednesday dan watak lain.

Pengumuman ini turut membuktikan, Wednesday tidak akan berpindah ke Prime Video – walaupun Amazon telah membeli MGM. Perkara ini dibangkitkan sebelum ini, kerana hak intelek The Addams Family dimiliki oleh MGM.

Baca:

Leave a Reply