Bermulanya tahun baharu, berakhir lah penawaran permainan percuma setiap hari oleh Epic Games Store dan ia kembali menjadi penawaran permainan percuma mingguan. Pada minggu ini, Epic Games Store menawarkan dua permainan percuma iaitu Kerbal Space Program dan juga Shadow Tactics – Aiko’s Choice.

Kerbal Space Program adalah permainan simulasi membina program ke angkasa sendiri, pemain boleh membentuk krew dan menghasilkan roket sendiri untuk ke angkasa. Ia dibangunkan oleh Squad dan sekarang diterbitkan oleh Private Division.

Epic Games Store: Kerbal Space Program

Seterusnya adalah Shadow Tactics – Aiko’s Choice adalah permainan aksi secara menyelinap. Ia adalah permainan sampingan untuk Shadow Tactics tetapi boleh dimainkan secara kendiri. Ia dibangunkan oleh Mimimi Productions dan diterbitkan oleh Daedalic Entertainment.

Epic Games Store: Shadow Tactics – Aiko’s Choice

Kedua-dua permainan ini ditawarkan sehingga 13 Januari 2023 sebelum diganti dengan First Class Trouble.

Sohor Kini