The Evil Within 2, Dishonored 2 Ditawarkan Percuma Di Prime Gaming

Amazon melalui perkhidmatan Prime Gaming mereka telah mengumumkan senarai permainan yang ditawarkan secara percuma untuk pelanggan bagi bulan Januari 2023. Bulan ini, ia juga menawarkan 8 permainan dengan tarikan utama adalah The Evil Within 2 dan Dishonored 2.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang boleh ditebus sehingga akhir bulan ini, kebanyakan permainan adalah melalui Amazom Game App kecuali yang dinyatakan dan semuanya adalah untuk PC;

  • The Evil Within 2 (GOG)
  • Dishonored 2 (GOG)
  • Beat Cop (GOG)
  • Chicken Police – Paint it Red!
  • Lawn Mowing Simulator
  • Breathedge
  • Faraway 2: Jungle Escape
  • Meta Slug

Selain itu, Prime Gaming juga menawarkan beberapa permainan yang boleh ditebus sepanjang tahun ini iaitu;

  • The Last Blade 2
  • The King of Fighters 2003
  • Metal Slug X
  • The Last Blade
  • SNK 40th Anniversary Collection
  • Metal Slug 3
  • Twinkle Star Sprites
  • Real Bout Fatal Fury 2: The Newcomers

Anda boleh langgan Prime Gaming di pautan ini, bagi pelanggan baharu, anda boleh mencubanya selama 7 hari, dan jika diteruskan caj $5.99 (~RM25) sebulan akan dikenakan.

Selain permainan percuma setiap bulan ia juga menawarkan satu langganan percuma untuk Twitch dan Prime Video.

Sohor Kini