Seperti yang diumumkan oleh Riot Games pada tahun lepas, mereka secara rasminya melancarkan semula League of Legends dan juga Teamfight Tactics untuk pasaran Asia Tenggara. Berbanding diterbitkan dengan kerjasama bersama Garena, Riot Games kini menerbitkan kedua-dua permainan tersebut secara sendiri.

Bagi pemain yang sudah bermain League of Legends dan Teamfight Tactics sebelum ini, boleh menggunakan akaun yang sama akan tetapi perlu melakukan pemindahan akaun terlebih dahulu yang sudah dibuka sejak 18 November lepas. Jika anda masih tidak melakukannya, ia boleh dilakukan melalui pautan ini.

Bersempena dengan pelancaran semula ini, Riot Games akan memulakan musim baharu pada 10 Januari dan juga acara masa terhad pada 13 Januari yang akan memberikan pemain pelbagai ganjaran termasuk juga shard untuk kostum, legendary eggs dan juga kostum Ultimate.

League of Legends sudah dikeluarkan untuk PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Berita Lain

Sohor Kini