Asus ketika acara CES yang sedang berlangsung sekarang telah mengumumkan alat kawalan Xbox yang mempunyai skrin OLED terpasang iaitu ROG Raikiri Pro. Ia juga menyertakan tiga pilihan sambungan iaitu Bluetooth, 2.4GHz dan juga USB-C.

Skrin 1.3 inci yang terpasan menggunakan panel OLED, menurut Asus ia mempunyai pelbagai animasi yang boelh diubah untuk memperlihatkan informasi mengenai alat kawalan seperti bateri dan juga status mikrofon.

Ia juga menyertakan empat butang tambahan di bahagian belakang yang boleh diubah kegunaan mengikut permainan-permainan berbeza. Picu kiri dan kanan juga boleh ditukar jika ingin mod berbeza.

ROG Raikiri Pro turut disertakan dengan pembesar suara terpasang dengan teknologi ESS DAC, palang untuk 3.5mm dan juga butang senyap. Buat masa ini Asus tidak mengumumkan harga ataupun tarikh pelancaran lagi.

Sohor Kini