EA dan Respawn Entertainment telah mengumumkan yang acara masa terhad terbaru untuk permainan battle royale mereka Apex Legends iaitu Acara Spellbound Collection akan bermula pada 11 Januari sehingga 25 Januari 2023.

Mereka juga berkongsi treler untuk acara ini yang anda boleh tonton di bawah.

Melalui acara terhad ini, mod Control LTM akan tiba iaitu mod permainan 9 lawan 9 untuk mengawal kawasan tertentu di peta. Ia bukanlah permainan battle royale dengan pemain yang mati akan dihidupkan semula.

Selain itu, terdapat 24 barangan kosmetik khusus untuk acara ini yang boleh didapatkan oleh pemain, ini termasuk juga kostum Legendary untuk Vantage, Seer, mad Maggie dan Mirage. Jika mengumpul semua barangan ini, pemain juga akan mendapat Heirloom untuk Seer iaitu “Showstoppers”.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini