Lumatic Films telah berkongsi treler untuk filem Imaginur iaitu filem arahan terbaru Nik Amir Mustapha yang sebelum ini hadir dengan filem seperti Kil, Terbaik Dari Langit dan juga pengarah bersama untuk Rise: Ini Kalilah.

Treler ini juga telah mengumumkan tarikh tayangan untuknya iaitu pada 23 Februari 2023.

Imaginur merupakan filem drama, fantasi dan juga cereka sains mengisahkan mengenai Zuhal lakonan Beto Kusyairy di mana kehidupannya menjadi kacau bilau apabila masa lepas dan masa depan bercampur-baur. Ini ditambah lagi dengan kehadiran perempuan misteri iaitu Nur lakonan Diana Danielle yang membuatkan dia tidak tahu apa realiti dan fantasi.

Filem ini ditulis oleh Redza Minhat dan Nik Amir Mustapha sendiri dan turut melibatkan senarai pelakon seperti Afdlin Shauki, Fatimah Abu Bakar, Mior Hashim Manap, Nadiya Nissa dan Rahim Razali. Pada tahun lepas, filem ini pernah ditayangkan di New York Asian Film Festival.

Sohor Kini