Bruce Lee Tiba Di Dalam PUBG Mobile Bulan Ini

PUBG Mobile telah mengumumkan kerjasama dengan The Bruce Lee Family Company untuk membawa pelakon dan juga ikon pertahanan diri Bruce Lee ke dalam permainan battle royale tersebut. Kerjasama ini akan membawa acara The Martial Showdown yang akan bermula dengan pelancaran versi 2.4 sekitar bulan ini.

Pemain juga boleh mendapatkan barangan berdasarkan Bruce Lee bermula pada 10 Januari di mana mereka akan menyertakan set Bruce Lee Kung Fu Soul, set Melee Expert dan set Mr. Kung Fu yang menyertakan barangan kosmetik buat masa terhad.

Selain itu, pemain juga boleh melibatkan diri dengan Dreamrealm Apprentice bermula pada 10 Januari sehingga 26 Januari untuk mendapatkan ganjaran eksklusif dengan melakukan pelbagai cabaran. Maklumat lanjut mengenai kerjasama ini akan diumumkan bersama pengumuman untuk versi 2.4 tidak lama lagi.

PUBG Mobile dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini