Acer Nitro Dikemaskini Dengan Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 40

Selain mengumumkan model baharu untuk siri laptop Predator Helios, Acer turut mengumumkan yang siri laptop Nitro juga akan dikemaskini dengan penawaran bersama kad grafik NVIDIA GeForce RTX 40. Melalui pengumuman yang dilakukan ketika CES, Acer Nitro akan hadir dengan dua pilihan saiz skrin iaitu 16-inci dan juga 17-inci iaitu Acer Nitro 16 dan Acer Nitro 17.

Acer Nitro 16 hadir dengan 5% kawasan skrin yang lebih besar dengan paparan menggunakan resolusi WUXGA atau WQXGA dengan kadar kelancaran sehingga 165Hz. Manakala Acer Nitro 17 pula hadri dengan pilihan paparan resolusi FHD dengan kadar kelancaran 144Hz atau 165Hz ataupun resolusi QHD dengan kadar kelancaran 165Hz.

Kedua-dua laptop akan ditawarkan dengan pilihan sehingga 32GB RAM dan 2TB Storan M.2, dan akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-13 atau AMD Ryzen 7000. Siri laptop ini akan mula ditawarkan di Amerika Utara pada bulan Mei dengan harga bermula $1,199 (~RM5,278).

Sohor Kini