Jim Ryan iaitu CEO untuk Sony Interactive Entertainment ketika CES telah mengumumkan yang PlayStation 5 telah terjual sebanyak 30 juta unit dan mengatakan suku ketiga untuk tahun fiskal 2022-2023 termasuk juga bulan Disember 2022 akan menjadi tempoh jualan PlayStation 5 terbaik sejak dilancarkan.

SIE telah mengumumkan sebelum ini yang PS5 telah diedarkan sebanyak 25 juta unit setakat September 2022, dengan jumlah terjual kebiasaannya lebih rendah berbanding jumlah diedar, boleh dikatakan yang untuk bulan Oktober sehingga Disember 2022, PS5 diedarkan melebihi 5 juta unit untuk membolehkan ia mencatat jumlah terjual sebanyak 30 juta unit.

Jumlah tertinggi PS5 diedarkan adalah 4.5 juta unit pada tempoh yang sama di tahun pelancaran untuk konsol tersebut. Jim Ryan juga mengatakan yang mereka akan mengembangkan lagi penawaran PlayStation 5 dan menjanjikan sesiapa yang inginkan PS5 boleh membelinya tidak lama lagi.

Pada acara yang sama, SIE juga telah mengumumkan Project Leonardo – Alat Kawalan Mesra Pemain Kelainan Upaya.

Sohor Kini