PlayStation ketika acara CES telah mengumumkan Project Leonardo untuk PlayStation 5 iaitu projek untuk menghasilkan alat kawalan yang boleh diubah suai dan memfokuskan penggunaan untuk pemain yang kelainan upaya.

Menurut mereka lagi, projek ini adalah usaha tambahan oleh mereka yang dilakukan untuk menjadikan permainan video mempunyai fungsi kebolehcapaian yang baik. Mereka juga telah menyertakan pelbagai tetapan berkait di dalam permainan-permainan mereka, yang telah memberikan mereka Anugerah Innovasi Di Dalam Kebolehcapaian melalui permainan God of War Ragnarok ketika The Game Awards tahun lepas.

Alat kawalan di bawah Project Leonardo ini mempunyai komponen yang boleh diubah suai dengan mudah, termasuk juga kedudukan untuk setiap butang bagi memastikan ia boleh digunakan oleh pemain-pemain yang berbeza.

PlayStation mengatakan yang alat kawalan ini masih di dalam pembangunan dan mereka telah mendapat nasihat daripada pelbagai organisasi kebolehcapaian seperti AbleGamers, SpecialEffect dan juga Stack Up. Microsoft sejak dari tahun 2018 lagi telah hadir dengan Xbox Adapative Controller.

Sohor Kini