Marvel dan Disney telah mengumumkan yang filem penutup untuk MCU Fasa Empat iaitu Black Panther: Wakanda Forever akan mula boleh distrim melalui Disney+ pada 1 Februari 2023. Seperti biasa, pengumuman ini adalah untuk Disney+ sahaja, namun berdasarkan filem-filem sebelum ini, Disney+ Hotstar juga akan menerimanya pada tarikh yang sama.

Selain menjadi penutup untuk MCU Fasa Empat, Black Panther: Wakanda Forever ini juga boleh dikatakan sebagai antara filem terbaik fasa ini, mungkin dibelakang Spider-Man: No Way Home sahaja. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Black Panther: Wakanda Forever.

Black Panther: Wakanda Forever mula ditayangkan di pawagam pada 10 Oktober 2022, menjadikan ia mengambil masa kurang daripada 4 bulan untuk tiba di perkhidmatan penstriman ini. Buat masa sekarang, filem ini membuat kutipan sebanyak $821 juta (~RM3.6 bilion).

Sohor Kini