Disney+ Hotstar telah mengumumkan yang Tokyo Revengers: Christmas Showdown Arc yang juga boleh dikatakan sebagai musim kedua untuk siri anime ini akan mula disiarkan di platform tersebut pada 8 Januari 2023.

Musim pertama untuk siri anime Tokyo Revengers bermula pada 11 April tahun lepas, dengan episod terakhir pada 19 September 2021. Musim lepas ia memfokuskan kepada Arc pertama dan juga Bloody Halloween Arc.

Musim kedua ini mungkin memfokuskan kepada Christmas Showdown Arc sahaja dengan Tenjiku Arc dan juga Arc terakhir akan tiba di musim depan.

Sohor Kini