Acer ketika acara CES yang sedang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat telah mengumumkan penawaran baharu untuk Laptop dan juga Monitor di bawa jenama Predator. Dua laptop Predator yang diumumkan adalah Helios 16 dan Helios 18, manakala dua monitor pula adalah Predator X45 dan juga Predator X27U yang menawarkan kadar segar semula sehingga 240Hz.

Laptop Predator Helios 16 dan Predator Helios 18 ditawarkan dengan dua pilihan cip pemprosesan iaitu Intel i9 ataupun Intel i7 HX yang digandingkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4080.

Dari segi paparan, Predator Helios 16 hadir dengan saiz paparan 16-inci dengan resolusi 2560 x 1600 dan kadar segar semula 165Hz ataupun 240Hz. Ia juga hadir dengan pilihan panel Mini LED yang mempunyai kadar segar semula sehingga 250Hz.

Predator Helios 18 pula hadir dengan saiz paparan 18-inci dengan pilihan resolusi 1920 x 1200 dengan kadar segar semula 165Hz, resolusi 2560 x 1600 dengan kadar segar semula 165Hz ataupun 240Hz. Ia juga hadir dengan pilihan panel Mini LED yang mempunyai kadar segar semula sehingga 250Hz.

Buat masa ini harga untuk pasaran Malaysia tidak diumumkan, di Amerika Utara ia akan ditawarkan bermula bulan Mac dengan harga $1,649 (~RM7,263) untuk Helios 16 dan $1,699 (~RM7,484) untuk Helios 18.

Bagi dua pilihan monitor pula ialah Predator X45 yang hadir dengan paparan sebesar 45-inci dengan resolusi 3440 x 1440 menggunakan panel OLED dan kadar segar semula 240Hz. Ia merupakan monitor lengkung 800R dengan bingkai yang nipis. Ia hadir dengan tiga pilihan port iaitu DP 1.4 dan dua HDMI 2.0. Monitor ini akan mula ditawarkan di Amerika Utara pada Suku Kedua 2023 dengan harga bermula $1,699 (~RM7,484).

Seterusnya adalah Predator X27U yang hadir dengan paparan sebesar 27-inci dengan resolusi 2560 x 1440 menggunakan panel OLED dan kadar segar semula 240Hz. Ia hadir dengan tiga pilihan port iaitu DP 1.4 dan dua HDMI 2.0. Monitor ini akan mula ditawarkan di Amerika Utara pada Suku Kedua 2023 dengan harga bermula $1,099 (~RM4,841).

Sohor Kini