Elden Ring Adalah Permainan Terbaik Di The Steam Awards

Steam akhirnya mengumumkan senarai pemenang untuk The Steam Awards yang memperlihatkan Elden Ring menjadi permainan terbaik untuk tahun 2022. Selain itu, Elden Ring juga memenangi kategori Permainan Sukar Terbaik.

Walaupun God of War Ragnarok iaitu pencabar utama Elden Ring pada tahun lepas tidak tercalon kerana ia tidak dikeluarkan untuk PC, akan tetapi God of War tercalon kerana ia baru sahaja dikeluarkan untuk PC termasuk juga di Steam pada tahun lepas.

Berikut adalah senarai pemenang untuk setiap kategori, dalam kurungan adalah calon-calon lain;

  • Permainan Terbaik – Elden Ring (Dying Light 2, Stray, God of War, CoD Modern Warfare II)
  • Permainan VR Terbaik – Hitman 3 (Bonelab, Green Hell VR, Among Us VR, Inside The Backrooms)
  • Permainan Dengan Sokongan Terbaik – Cyberpunk 2077 (Dota 2, Project Zomboid, No Man’s Sky, Deep Rock Galactic)
  • Permainan Multi-Pemain Terbaik – Raft (Ready or Not, Monster Hunter Rise, Multiversus, CoD Modern Warfare II)
  • Permainan Dengan Visual Terbaik – Marvel’s Spider-Man: Miles Morales (Scorn, Bendy and the Dark Revival, Cult of the Lamb, Kena Bridge of Spirits)
  • Permainan Dengan Tatamain Paling Inovatif – Stray (Mount & Blade II Bannerlord, Teardown, Neon White, Dome Keeper)
  • Permainan Sukar Terbaik – Elden Ring (GTFO, Victoria 3, Total War Warhammer III, FIFA 23)
  • Muzik Runut Terbaik – Final Fantasy VII Remake Integrade (Metal Hellsinger, Sonic Frontier, Persona 5 Royal, Hatsune Mikue: Project DIVA Mega Mix+)
  • Permainan Dengan Penceritaan Terbaik – God of War (A Plague Tale: Requiem, Uncharted Legacy of Thieves Collection, The Stanley Parable Ultra Deluxe, Marvel Spider-Man Remastered)
  • Permainan Kasual Terbaik – LEGO Star Wars: The Skywalker Saga (Power Wash Simulator, Dreamlight Valley, Dorf Romatik, Slime Ransher 2)
  • Permainan “On The Go” Terbaik – Death Stranding Director’s Cut (Yu-Gi Oh Master Duel, Vampire Survivors, Brotato, Marvel Snap)

Permainan-permainan yang memenangi The Steam Awards ini juga menerima potongan harga bersempena dengan jualan promosi Musim Sejuk yang akan berakhir pada 6 Januari 2023. Anda boleh layari Steam untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini