Dikemaskini: James Cameron baru-baru ini mendedahkan kepada Deadline yang filem Avatar ketiga bukan sahaja melibatkan puak Na’vi Metkayina dan Omatikaya, tetapi turut akan memperkenalkan dua lagi puak – di mana dalam laporan lepas satu adalah berkaitan api dan satu lagi masih belum didedahkan.

Dalam Avatar 3, salah satu daripada dua puak ini dikatakan adalah penjahat utama – di mana satu perkara baharu kerana selama ini semua Na’vi adalah baik. Kemudian Jack Champion turut akan kembali sebagai Spider dengan lebih konflik, serta Trinity Jo Bliss akan kembali sebagai Tuk yang tidak sabar menantikan pengenalan puak baharu atau biom lain dalam filem ketiga nanti.


Artikel asal

Filem Avatar: The Way of Water adalah antara filem yang menarik pada tahun 2022. Dalam filem ini, ia mendedahkan puak Na’vi air dengan lebih jelas iaitu Metkayina. Ia memperlihatkan perbezaan kehidupan antara Omatikaya (puak hutan) dan menjelaskan betapa luasnya dunia atau planet Pandora.

Terkini, dalam perbualan James Cameron bersama 20 Minutes (media Perancis) – filem Avatar 3 akan memperkenalkan puak lain dengan lebih jelas pula iaitu yang berkaitan dengan api. Puak ini digelar sebagai Ash People.

Cameron menyatakan beliau ingin berikan diversiti dalam dunia Avatar dengan memperkenalkan lebih banyak kultur. Puak api ini dikatakan adalah sisi gelap makhluk Na’vi dan lebih sukar menerima kedatangan puak lain tidak seperti Metkayina atau Omatikaya. Puak api ini dikatakan akan memainkan peranan besar dan mungkin adalah antagonis utama dalam sekuel The Way of Water.

Sohor Kini