Permainan terbaru dalam siri Legend of Zelda, iaitu Tears of The Kingdom akan dilancarkan pada 12 Mei 2023 ini, tetapi terkini, gabungannya bersama Model Nintendo Switch OLED telahpun tertiris ke arena web.

Tidak seperti Legend of Zelda: Breath of The Wild, Tears of the Kingdom nampaknya akan hadir dengan model Nintendo Switchnya tersendiri apabila permainan tersebut dilancarkan kelak.

Gambar-gambar ini ditiriskan melalui laman Reddit /r/GamingLeaksAndRumors yang mana ia memperlihatkan rekaan kotak konsol permainan, rekaan pengawal permainan Joycon dan juga dok pengecasan.

Pengawal permainan hadir dengan corak rekaan hijau dan emas, manakala dok pengecasan pula hadir dengan corak putih dan emas.

Tirisan ini dilihat keluar cukup awal sekali, tetapi memandangkan ia dijangka bahawa model ini akan mahu dibeli orang ramai, tidak mengejutkan sekiranya Nintendo bertindak untuk membangunkan model ini jauh lebih awal daripada jangkaan ramai.

Sumber: Reddit

Sohor Kini