MPL Malaysia telah mengumumkan penganjuran Watch Party rasmi untuk kejohanan terbesar Mobile Legends: Bang Bang iaitu M4 World Championship yang akan berlangsung bermula pada 1 Januari ini.

Watch Party ini akan dianjurkan setiap hari termasuk juga peringkat akhir pada 15 Januari 2023. Ia akan dianjurkan di Homebois Pitstop di Kuala Lumpur.

Kemasukan adalah percuma dan anda boleh mengunjungi ke tempat tersebut untuk menyertai, dan boleh juga melakukan pendaftaran melalui pautan ini untuk mendapat barangan di dalam permainan.

Ia juga akan lebih dimeriahkan pada 7 dan 8 Januari di mana pencipta kandungan terkenal seperti intanserah, xkpenjahat, zeemahmad dan dennislimming akan turut hadir. Cosplayer hero-hero Mobile Legends juga akan membuat penampilan untuk peluang bergambar.

Dua pasukan Malaysia yang akan menyertai kejohanan ini adalah Team HAQ dan Todak yang telah berlepas ke Indonesia melalui acara flag off yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli.

Sohor Kini