Pada awal tahun lepas, ura-ura telah mengatakan yang Nintendo akan mengeluarkan Nintendo Switch Pro, walaupun kita menerima versi terbaru Nintendo Switch OLED akan tetapi ia bukanlah mempunyai peningkatan spesifikasi seperti yang dikatakan sebelum ini.

Ramai yang mula mengatakan ura-ura tersebut adalah tidak tepat, tetapi beberapa wartawan mengatakan Nintendo mempunyai perancangan untuk mengeluarkan Nintendo Switch Pro akan tetapi sekadar berpuas hati dengan Nintendo Switch OLED sahaja.

Melalui video Digital Foundry yang menjawab persoalan penonton, ketika menjawab soalan sama ada Nintendo akan mengeluarkan konsol generasi baharu ataupun Nintendo Switch 2 pada tahun depan, John Lineman mengatakan berdasarkan perbualan dengan beberapa pembangun, Nintendo pada awalnya merancang untuk mengeluarkan “Nintendo Switch Pro” akan tetapi membatalkannya dan memfokuskan kepada konsol generasi seterusnya.

Dia juga tidak merasakan konsol baharu oleh Nintendo akan dikeluarkan pada tahun depan dan Nintendo juga akan lebih berhati-hati di dalam melakukan peralihan kerana kegagalan yang berlaku pada generasi sebelum ini, terutamanya melalui Wii U peralihan daripada Wii.

Anda boleh tonton video penuh di bawah, soalan mengenai Nintendo Switch adalah pada minit ke 50.

Bacaan Lanjut

Sohor Kini