ROG dan Blizzard telah melancarkan ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition secara rasmi di pasaran Malaysia dan ia ditawarkan dengan harga RM4,999. Seperti ROG Phone 6 yang biasa ia hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1, 16GB RAM dan juga 512GB Storan.

Diablo Immortal Edition ini hadir dengan rekaan khusus mengambil inspirasi daripada permainan tersebut dengan menyertakan logo Diablo Immortal bersama dengan Aura RGB di bahagian belakang dan juga kekemasan merah separa-matte.

Di dalam kotak, ia juga akan menyertakan Horadric Cube Giftbox, bekas telefon Worldstone, kerangka Shield Blessing Aero, Peta Sanctuary, Fahir’s Light, dan pin pembuka Immortality.

Untuk memastikan telefon sentiasa di dalam keadaan optimum, ROG juga menawarkan AeroActive Coller 6 yang dijual secara berasingan dengan harga RM349.

Bacaan Tambahan:

Sohor Kini