MapleStory M Hadir Dengan Acara Kolaborasi Bersama Blackpink

Nexon telah mengumumkan acara kolaborasi untuk permainan MapleStory M mereka bersama dengan kumpulan KPOP popular iaitu Blackpink. Melalui acara ini mereka hadir dengan pelbagai barangan kosmetik yang direka oleh ahli-ahli Blackpink iaitu Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose.

Pemain dapat memperoleh empat berkas barangan kosmetik iaitu dua berkas BLACK yang mengambil inspirasi dari lagu “Pink Venom” dan “Shut Down.” serta dua berkas PINK yang mengambil inspirasi dari lagu “As If It’s Your Last,” “Boombayah,” “Ice Cream,” dan “DDU-DU DDU-DU.”

MapleStory M sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini