Steam Hadir Dengan Rangkuman Aktiviti Tahunan – Steam Replay

Steam buat pertama kali untuk tahun ini hadir dengan rangkuman aktiviti tahunan bagi pengguna-pengguna mereka yang digelar sebagai Steam Replay. Seperti rangkuman lain, contohnya PlayStation Wrap-up, ia mengimbas kembali permainan-permainan yang dimainkan melalui Steam sepanjang tahun ini.

Steam Replay tidak berkongsi jumlah keseluruhan jam anda meluangkan masa, namun mereka akan menyenaraikan permainan-permainan dengan peratusan tertinggi berbanding jumlah keseluruhan. Selain itu, ia juga memperlihatkan jumlah pencapaian, jumlah permainan dimainkan dan juga tempoh berterusan terpanjang pengguna bermain.

Selain itu, pengguna juga boleh melihat genre-genre permainan yang paling kerap dimainkan mengikut jumlah jam dan juga jumlah peratusan permainan yang pengguna menggunakan alat kawalan berbanding papan kekunci dan tetikus.

Untuk mendapatkan rangkuman ini anda boleh layari laman Steam Replay dan log masuk menggunakan akaun Steam.

Sohor Kini