Death Stranding Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Bersempena dengan sambutan akhir tahun, Epic Games Store telah menawarkan permainan percuma setiap hari dan hari ini adalah permainan yang anda tidak harus lepaskan iaitu Death Stranding oleh Kojima Productions.

Permainan ini ditawarkan secara percuma bermula sekarang dan akan berakhir tepat pukul 12 malam pada 27 Disember dengan ia akan digantikan dengan satu permainan baharu untuk hari seterusnya.

Muat Turun: Death Stranding

Death Stranding yang ditawarkan ini adalah edisi biasa dan bukan Death Stranding Director’s Cut. Jika anda inginkan Director’s Cut ia ditawarkan dengan harga RM97.79 atau lebih murah jika anda menggunakan kupon bersempena jualan promosi akhir tahun yang sedang berlangsung.

Namun, edisi biasa untuknya sudah mencukupi jika anda ingin mengetahui mengenai penceritaan serta merasai sendiri tatamain yang unik bagi permainan ini, manakala Director’s Cut menyertakan beberapa kandungan tambahan yang kebanyakan adalah sampingan sahaja.

Kojima Production sebelum ini juga telah mengumumkan secara rasmi Death Stranding 2 akan dikeluarkan yang dijangkakan tiba pada tahun 2024. Filem berdasarkan permainan ini juga turut diumumkan.

Pautan Berkait

Ulasan: Ulasan Death Stranding – Karya Agung Hideo Kojima Yang Terlalu Bercita-Cita Tinggi

Baca Lanjut: Epic Games Store Menerima Permainan Percuma Setiap Hari – Kupon 25% Untuk Setiap Pembelian

Sohor Kini