Steam telah mengumumkan senarai permainan yang mempunyai pelancaran terbaik di gedung tersebut pada bulan lepas. Senarai ini hanya menyertakan permainan yang dikeluarkan pada bulan tersebut, dan mengambil kira jumlah pendapatan dalam masa 2 minggu ia dilancarkan.

Kebanyakan permainan yang tersenarai adalah permainan yang baharu dikeluarkan seperti The Dark Pictures Anthology: The Devil in Me, Sonic Frontiers, Evil West, Football Manager 2023 dan Harvestella.

Terdapat juga permainan lama yang baru sahaja dikeluarkan di Steam ataupun menerima versi baharu seperti Tactics Ogre Reborn, Marvel’s Spider-man: Miles Morales dan siri permainan Crysis versi Remastered.

Berikut adalah senarai 20 permainan tetapi tidak disusun mengikut sebarang aturan;

  • Tactics Ogre: Reborn
  • The Dark Pictures Anthology: The Devil in Me
  • The Past Within
  • Shadows Over Loathing
  • Sonic Frontiers
  • Soulstone Survivors
  • Bendy and the Dark Revival
  • Zero Sievert
  • Marvel’s Spider-man: Miles Morales
  • Crysis 3 Remastered
  • Against the Storm
  • Crysis 2 Remastered
  • Warhammer 40,000: Darktide
  • Evil West
  • Pentiment
  • Nobody – The Turnaroud
  • We Who Are About To Die
  • Football Manager 2023
  • Police Simulator Patrol Officers
  • Harvestella

Selain senarai di atas, Steam juga membahagikan senarai kepada beberapa kategori seperti permainan percuma, permainan Remastered, dan juga pembangun yang melancarkan permainan buat pertama kali di Steam. Anda boleh lihat kategori-kategori ini dan juga senarai penuh di laman Steam.

Sohor Kini