Republic of Gamers (ROG) Malaysia telah mengumumkan yang mereka menjadi telefon rasmi untuk kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) untuk empat musim iaitu bermula pada Musim 11 yang akan bermula pada Februari tahun depan sehinggalah Musim 14 yang dijangka berlangsung pada tahun 2024.

Melalui penajaan ini ROG Malaysia mengatakan yang ia adalah salah satu langkah oleh mereka untuk mengembangkan lagi industri esukan tempatan, dan ia juga memperlihatkan dedikasi mereka untuk menyediakan pengalaman permainan mudah alih terbaik bagi pemain biasa dan juga profesional.

Pusingan kelayakan untuk MPL MY Musim 11 sudah berakhir 18 Disember lepas yang memperlihatkan dua pasukan iaitu ELX Esports dan Aryaa Gaming menyertai 8 pasukan lagi untuk peringkat awal MPL MY Musim 11.

Sohor Kini