PlayStation telah mengumumkan penganjuran jualan promosi akhir tahun yang sudah berlangsung dan akan berakhir pada 3 Januari 2023. Melaluinya, mereka menawarkan pelbagai potongan harga untuk aksesori dan juga permainan fizikal untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4.
Ia akan ditawarkan di mana-mana Sony Store dan juga pengedar rasmi PlayStation.
Bagi aksesori, berikut adalah antara penawaran yang disertakan;
Manakala untuk permainan fizikal pula ia adalah seperti berikut;
Tambahan pada itu, PS Store juga menganjurkan jualan promosi sehingga 6 Januari 2023 untuk permainan-permainan digital. Antara permainan yang ditawarkan adalah Elden Ring, FIFA 23, The Last of Us Part 1 dan Resident Evil Village Gold Edition.
Anda boleh layari pautan rasmi untuk maklumat lanjut mengenai jualan promosi ini.