TV Tokyo bersama dengan studio produksi Wit Studio dan CloverWorks telah mengumumkan yang siri anime popular Spy x Family akan menerima musim kedua pada tahun 2023. Musim pertama untuknya mempunyai 25 episod dengan episod terakhir akan disiarkan pada 24 Disember 2022.

Selain itu, turut diumumkan adalah filem yang menyertakan penceritaan tersendiri dan tidak mengikut manga juga akan dikeluarkan pada tahun 2023 sekurang-kurangnya untuk di pasaran Jepun. Masih tiada pengumuman rasmi untuk pasaran luar.

Spy x Family adalah berdasarkan manga yang dihasilkan oleh Tatsuya Endo ia memfokuskan kepada seorang perisik Loid Forger terpaksa menyamar menjadi suami kepada Yor Forger dan bapa kepada Anya Forger kerana tugasannya. Tanpa di sedari, Yor Forger merupakan seorang pembunuh upahan, manakala Anya mempunyai kuasa membaca fikiran.

Sohor Kini