Aniplex ketika Jump Festa ’23 telah mengumumkan yang siri anime Blue Exorcist akan menerima musim baharu selepas ia terhenti pada tahun 2017. Bersama dengan pengumuman ini mereka juga berkongsi treler acah yang anda boleh tonton di bawah.

Blue Exorcist merupakan siri anime berdasarkan manga oleh Kazue Kato, ia sebelum ini telah menerima dua musim iaitu musim pertama pada tahun 2011 dan musim kedua ataupun Kyoto Saga pada tahun 2017.

Bagi yang sudah menantikan siri ini untuk diteruskan, ini sudah semestinya satu berita yang baik. Namun, ia masih tidak mempunyai sebarang tarikh buat masa ini.

Sohor Kini