HandyGames telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan permainan Endling Extinction is Forever untuk peranti pintar melalui App Store, Play Store dan juga Galaxy Store bagi pengguna peranti Samsung.

Endling adalah permainan ketahanan hidup yang akan meletakkan pemain menjadi seekor rubah dan perlu melakukan segala upaya untuk memastikan anak-anaknya terselamat daripada pemburu dan juga pemangsa.

Ia sebelum ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox, Nintendo Switch dan juga PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Endling – Kepupusan Adalah Selamanya

Sohor Kini