Skip to main content

Animonsta Studio telah mengumumkan yang episod baharu untuk Fly with Yaya iaitu Fly with Yaya: Omotenashi akan disiarkan pada 10 malam ini melalui Astro Prima, mereka juga mengatakan yang ia akan turut tiba melalui saluran Youtube Monsta.

Siri animasi Fly With Yaya adalah siri rancangan TV melancong yang dihoskan oleh Yaya. Yaya adalah antara watak utama dalam siri animasi dan filem BoBoiBoy dan telah bermula sejak tahun 2019 melalui Fly with Yaya Tohoku yang menerima pencalonan anugerah “The Newcomer Award” di Licensing International Excellence Awards 2020.

Bagi episod dan musim baharu ini, Yaya juga akan ditemani oleh rakan baharu iaitu Tomoko untuk berkongsi lanjut mengenai pelancongan di Jepun yang mesra-Muslim.

Leave a Reply