SpellForce: Conquest of Eo Menerima Kelas Necromancer

THQ Nordic telah berkongsi lanjut mengenai salah satu kelas yang akan disertakan di dalam permainan SpellForce: Conquest of Eo. Selain Alchemist serta Artificer, pemain juga boleh memilih Necromancer yang menjadi fokus untuk perkongsian terbaru ini.

Anda boleh tonton video untuknya di bawah.

Seperti mana diumumkan pada bulan Jun lepas, SpellForce Conquest of Eo adalah permainan sampingan untuk siri SpellForce dengan ia membawa genre yang berbeza berbanding permainan-permainan SpellForce sebelum ini iaitu permainan strategi 4X.

SpellForce Conquest of Eo akan dikeluarkan untuk PC akan tetapi buat masa ini ia masih tidak mempunyai tarikh pelancaran.

Sohor Kini