Tahun lepas, telah diumumkan yang siri anime untuk Black Clover akan ditamatkan akan tetapi ia akan diteruskan dalam bentuk filem. Filem pertama untuknya adalah Black Clover: Sword of the Wizard King yang akan dikeluarkan di Netflix pada 31 Mac 2023.

Netflix juga berkongsi treler untuknya yang anda boleh tonton di bawah.

Penceritaan di dalam filem ini memfokuskan Asta bersama dengan rakan-rakannya bertarung melawan bekas Wizard King iaitu Conrad Leto yang kelihatan menggunakan “Emperor’s Sword”. Filem ini diarahkan oleh Ayataka Tanemura dan diterbitkan oleh Studio Pierrot.

Sohor Kini