Ubisoft telah membawa kembali acara masa terhad untuk Snow Brawl bagi permainan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege yang sudah bermula dan berlangsung sehingga 6 Januari 2023 yang akan membawa mod permainan Capture the Flag.

Di dalam Capture the Flag ini, pemain boleh menggunakan bebola salji sebagai senjata bersama dengan satu lagi senjata kedua yang mengikut tema Hari Natal. Terdapat juga pelbagai Boosts memenuhi peta yang akan memberi kuasa tambahan kepada pemain.

Di dalam mod ini, 12 operator boleh digunakan iaitu kumpulan The Blue Blades dengan Operators Dokkaebi, Grim, Sens, Rook, Vigil, Frost, Castle, Thorn, ataupun kumpulan The Orange Blizzard dengan Operators Ash, Blackbeard, Montagne, dan Osa.

Bersama dengan acara ini, koleksi barangan kosmetik Snow Brawl juga ditawarkan yang boleh dibeli secara berkas ataupun secara berasingan.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini