Garena telah mengumumkan penganjuran acara masa terhad Winterlands: Subzero di dalam permainan battle royale merek Free Fire. Acara ini sudah berlangsung dan akan berakhir pada 8 Januari 2023. Melaluinya, ia menyertakan pelbagai kandungan yang memfokuskan muzik.

Lobby dan juga Spawn Island akan dihias dengan pelbagai perhiasan bersempena dengan acara ini, pemain juga dapat mendengar muzik baharu.

Melalui acara “Mix it Up” pemain boleh menghasilkan lagu mereka sendiri untuk mendapat ganjaran di dalam permainan, sample muzik ini dihasilkan oleh DJ Alok yang juga akan akan mengeluarkan lagu tema “Let It Snow” pada 25 Disember ini.

Selain itu, berikut adalah antara kandungan-kandungan yang akan tiba sepanjang acara ini;

  • Peta 1v1 Lone Wolf – tiba pada 23 Disember sehingga 13 Januari
  • Mod Jump ‘n’ Blast – bermula pada 1 Januari sehingga 8 Januari 2023

Pemain juga boleh dapatkan pelbagai barangan kosmetik khas untuk acara ini seperti Cannibal Havoc.

Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini