Square Enix telah mengumumkan yang siri permainan Final Fantasy Pixel Remaster yang merupakan koleksi permainan Final Fantasy bermula dari Final Fantasy yang pertama sehinggalah Final Fantasy VI akan turut dilancarkan untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch pada suku kedua tahun depan.

Koleksi ini sudah dilancarkan untuk PC, iOS dan juga Android bermula pada bulan Julai tahun lepas dengan ia boleh dibeli secara berasingan ataupun melalui satu berkas. Setiap permainan ini telah menerima penambah-baikkan untuk memberikan pengalaman yang lebih baik.

Pengumuman ini sudah semestinya dinanti-nantikan, semasa Final Fantasy Pixel Remaster ramai yang menyatakan kekecewaan kerana ia tidak dikeluarkan untuk konsol.

Sohor Kini