Monopoly Madness Menerima DLC Dino City

Ubisoft hari ini telah mengumumkan pelancaran DLC untuk Monopoly Madness iaitu Dino City, ia antaranya menyertakan kawasan baharu, kuasa baharu dari Community Chests dan juga watak-watak baharu yang boleh digunakan iaitu Cave Kid dan Dodo.

Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Monopoly Madness adalah permainan sampingan untuk Monopoly dengan mempunyai tatamain yang berbeza dengan Monopoly biasa. Di dalam permainan ini, berbanding mengikut turutan dan bergerak berdasarkan dadu, pemain akan berebut untuk mencari wang dan membeli tempat secara serentak.

Monopoly Madness sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini