Federal Trade Commission (FTC) iaitu badan menjaga pengguna di Amerika Syarikat telah mengatakan Epic Games bersetuju untuk membayar denda sebanyak $520 juta (~RM2.3 bilion) kerana melanggar Children’s Online Privacy Protection Act (COPPA) ataupun Akta Penjagaan Privasi Kanak-Kanak Di Dalam Talian.
Epic Games akan membayar $257 juta kerana melanggar akta tersebut dengan mengambil informasi peribadi kanak-kanak berumur 13 tahun dan ke bawah tanpa pengetahuan ibu bapa melalui permainan Fortnite. Selain itu, Epic Games juga dikatakan menyukarkan proses untuk ibu bapa meminta maklumat tersebut dipadamkan.
Tambahan pada itu, Epic Games juga bersetuju untuk membayar $245 juta sebagai bayaran balik kepada pengguna yang mengatakan Epic Games menyertakan “dark patterns” untuk membuatkan pengguna pelbagai peringkat umur melakukan pembelian tanpa disedari, menurut saman tersebut, antaranya adalah antaramuka Fortnite yang mengelirukan.
Selain bayaran denda dan pampasan ini, Epic Games juga diarahkan untuk menyertakan sistem yang mempunyai tetapan yang lebih baik bagi menjadi privasi kanak-kanak. Mereka sebelum ini telah memperkenalkan “Cabined Account” untuk memberikan lebih kawalan kepada ibu bapa di dalam mengawal akaun kanak-kanak, berkemungkinan besar kerana kes saman ini.
Dilaporkan oleh NYTimes.