Epic Games Store sejak minggu lepas telah menawarkan permainan percuma setiap hari bersempena dengan sambutan Krismas dan juga hujung tahun. Permainan ini akan ditukar pada pukul 12 pagi setiap hari, oleh itu anda mempunyai 24 jam sahaja untuk menebus permainan-permainan ini.

Tawaran hari ini adalah Sable yang boleh ditebus melalui pautan ini.

Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi yang menawarkan kupon potongan sebanyak 25% untuk pembelian permainan yang bernilai RM59.99 dan ke atas. Tambahan pada itu, setiap pembelian akan memberikan tambahan satu lagi kupon untuk digunakan.

Tawaran ini adalah tidak terhad kepada satu permainan sahaja, dan pembeli boleh meletakkan beberapa permainan di dalam Cart jika harga tidak mencapai RM59.99 ataupun ingin mendapat potongan harga sebanyak yang mungkin.

Sohor Kini